Persekitaran Persekitaran organisasi

  • Organisasi mesti disesuaikan kepada persekitaran jika ingin kekalkan atau mempertingkatkan keberkesanan
  • Organisasi mesti berada dalam kerangka sistem terbuka
  • Persekitaran meliputi institusi atau kuasa yang boleh memberi kesan kepada prestasi organisasi di mana organisasi tidak mempunyai kawalan terus ke atasnya
  • Persekitaran memberi kesan yang besar terhadap perkembangan dan naik turun sesebuah organisasi

Persekitaran umum vs khusus

  • Persekitaran umum meliputi keadaan yang mungkin mempunyai impak ke atas organisasi tetapi kerelevanannya tidak begitu jelas
  • Persekitaran khusus ialah sebahagian daripada persekitaran yang mempunyai kerelevanan terus ke atas organisasi dalam usaha mencapai objektif

Persekitaran khusus

  • Persekitaran khusus sesebuah organisasi berubah mengikut domain yang dipilih
  • Domain merujuk kepada penonjolan organisasi dari sudut barangan atau perkhidmatan yang diberikan dan juga pasaran yang dimasukki
    • Universiti Putra Malaysia dan UM adalah IPTA tetapi telah mengenal pasti domain yang berlainan